Ibadahku
Hamba Allah


Assalamualaikum, Saya Ainnur Husna anak kepada Mohd Daud Bin Salleh dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam keadaan diri saya beragama islam. Saya hanya manusia biasa yang hina dan sentiasa melakukan dosa. Jika saya ada melakukan kesalahan, tegurlah kesalahan dan kesilapan saya itu.. Allahu~

Diary About Links

Hati saya milik Allah




Sebarkan Salam


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Apa ada pada Wuduk?

Assalamu’alaikum, wahai putera puteri agama. Mereka yang membaca saya doakan sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Bismillah, mari kita mulakan perkongsian kita dengan bacaan umul kitab Al- Fatihah dan selawat ke atas Rasulullah. Alhamdulillah, mari mulakan =)

Firman Allah s.w.t. seperti yang tertera di atas adalah dalil pensyariatan amalan berwuduk dalam ajaran islam. Amalan berwuduk mempunyai kepentingan yang besar dalam ibadah. Amat membimbangkan pada hari ini, ada segelintir umat islam tidak kira sama ada tua, muda, lelaki ataupun perempuan, yang sekadar 'melepaskan batuk di tangga' apabila mengambil wuduk. Tidak percaya?

Pernahkah anda melihat kelakuan begini: mengambil wuduk sekadar 'letak- letak' air sahaja. Ada pula yang berwuduk dengan cara pantas sehingga langsung tidak memberikan perhatian penuh terhadap setiap aliran air sama ada telah diratakan sepenuhnya kepada anggota wuduk atau sebaliknya. 
"Wahai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sembahyang (padahal kamu berhadas kecil), maka (berwuduklah) - iaitu basuhlah muka kamu, dan kedua belah tangan kamu meliputi siku, dan sapulah sebahagian dari kepala kamu, dan basuhlah kedua belah kaki kamu meliputi buku lali..." (Surah al- Maidah 5: 6)

Takrif wuduk

Mari kita perhalusi makna wuduk daripada sudut bahasa- kalimah wuduk adalah berasal daripada perkataan 'al-wadha'ah' yang membawa maksud elok dan berseri. Manakala daripada aspek syarak pula wuduk bermaksud perbuatan menggunakan (meratakan) air pada anggota- anggota tertentu dengan disertakan niat.

Hukum wuduk sebelum solat

Amalan wuduk mempunyai kedudukan yang tinggi dan menjadi syarat dalam ibadah solat. Dengan kata lain, jika seseorang Muslim itu tidak berwuduk sebelum menunaikan solat, maka solatnya adalah dikira tidak sah menurut pandangan syarak. Ini adalah berdasarkan hadis Nabi s.a.w. yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Muslim: "Allah tidak akan menerima solat seseorang daripada kamu yang berhadas sehinggalah dia berwuduk".

Rukun wuduk

Menurut ulama mazhab Syafi'i, rukun- rukun wuduk adalah seperti berikut:

- Niat
- Membasuh muka
- Membasuh kedua- dua belah tangan hingga ke siku
- Menyapu sebahagian daripada kepala walaupun sehelai rambut selagi mana rambut tersebut berada di            
  kawasan kepala
- Membasuh dua belah kaki hingga buku lali 
- Tertib iaitu mengikut urutan rukun seperti yang dinyatakan di atas,

Ilmu berkaitn tatacara berwuduk amat penting untuk kita fahami sebagai usaha memastikan wuduk kita benar- benar menepati fiqah selain menjulang tinggi falsafahnya. Tidak terhenti sekadar itu, sebenarnya Allah s.w.t. telah menyediakan tawaran luar biasa bagi sesiapa yang bersungguh- sungguh dan berusaha berwuduk dengan cara yang paling sempurna. Allah telah menjanjikan keampunan dosa kepada orang yang berwuduk dengan sempurna. Imam Muslim telah meriwayatkan sebuah hadis Nabi s.a.w.:
"Sesiapa yang mengambil wuduk dengan baik, dosa- dosanya keluar daripada badannya sehingga keluar dari bawah jari- jarinya"  

Oleh yang demikian, marilah sama- sama kita menyempurnakan wuduk dengan sebaik mungkin, Perkara rukun dibuat sehabis baik, begitu juga perkara sunat. Mudah- mudahan Allah menerima amalan tersebut. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Ayuh teman kita sempurnakan wuduk! 

Alhamdulillah, tamat sudah perkongsian ilmu kita pada hari ini. Sekian sahaja perkongsian ilmu dari saya. Jika ada kesilapan, tegurlah saya. assalamualaikum, duhai putera puteri agama.. 












0 message from u