Ibadahku
Hamba Allah


Assalamualaikum, Saya Ainnur Husna anak kepada Mohd Daud Bin Salleh dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam keadaan diri saya beragama islam. Saya hanya manusia biasa yang hina dan sentiasa melakukan dosa. Jika saya ada melakukan kesalahan, tegurlah kesalahan dan kesilapan saya itu.. Allahu~

Diary About Links

Hati saya milik Allah




Sebarkan Salam


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Golongan yang beroleh SYURGA

assalamualaikum.. Alhamdulillah, hari ini kita masih dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang Maha Esa. Bersyukurlah kerana kita masih dapat beribadah kepadaNya. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani, hari ini saya nk kongsi sedikit ilmu. Harap ilmu ini berguna kepada yang membaca..
Firman Allah s.w.t dalam surah al-Balad ayat 17-20 yang bermaksud:
" Dan tidak pula termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk bersabar dan saling berpesan untuk berkasih sayang. (Ketahuilah bahawa orang yang beriman serta berusaha mengerjakan amal- amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan), merekalah golongan pihak kanan ( yang akan beroleh syuga). Dan (sebaliknya) orang yang kufur ingkar akan ayat- ayat keterangan Kami, merekalah golongan pihak kiri. Merekalah ditimpakan (azab seksa) neraka yang ditutup rapat (supaya kuat bakarannya).
Allah s.w.t. mengemukakan perilaku golongan pilihan yang amat berbeza daripada sikap golongan manusia yang ingkar terhadap perintah Allah s.w.t. Mereka ini melakukan ketaatan semata- mata kerana Allah s.w.t. Ayat ini memberikan isyarat bahawa amal- amal yang soleh tidak ternilai di sisi Allah kecuali apabila didahului dengan iman. Lantaran itu Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan tidak pula termasuk orang yang beriman dan saling berpesan untuk berkasih sayang."


Ini membuktikan amalan yang dilakukan oleh orang kafir itu menjadi sia- sia dan tidak dikira di akhirat kelak. Amirul Mukminin Umar al- Khattab r.a pernah melihat dengan perasaan sedih tindakan seorang rahib yang hidup serba sederhana. Apabila Umar ditanya, beliau mengatakan bahawa rahib itu sebenarnya menyeksa dirinya sendiri tanpa memperoleh balasan baik yang diimpikan di akhirat kelak.


Manakala sifat golongan yang mendapat pujian Allah pula adalah kerana berkat kesabarannya menghadapi semua ujian daripada Allah sama ada berbentuk kesenangan ataupun kepayahan, dan kejayaannya menghadapi ujian syahwat dan golongan untuk melakukan maksiat.


Menghargai Kasih Sayang.


Berpesan- pesan untuk berkasih sayang pada ayat ini bermaksud semua bentuk amalan yang membawa seseorang kepada rahmat Allah s.w.t. Kasih Sayang di sini berkait rapat dengan Allah s.w.t dan manusia, maksudnya berkaitan dengan hak Allah adalah kewajipan mentaati- Nya, dan yanb berkaitan dengan makhluk pula adalah seperti saling menghargai, mengasihani dan sebagainya.


kita diajarkan dalam hadis bahawa seorang wanita dimasukkan ke dalam neraka akibat sikapnya kepada kucing yang dikurung tanpa diberi makan. Pada masa yang sama, bahawa wanita yang malang ini merupakan Muslimah, tetapi dia melakukan maksiat yang menyebabkan dia layak mendapat hukuman atas apa yang dilakukan.


Alhamdulillah, ini sahaja yang saya kongsikan.. harap dpt gembirakan hati yang membaca.. assalamualaikum


0 message from u