Ibadahku
Hamba Allah


Assalamualaikum, Saya Ainnur Husna anak kepada Mohd Daud Bin Salleh dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam keadaan diri saya beragama islam. Saya hanya manusia biasa yang hina dan sentiasa melakukan dosa. Jika saya ada melakukan kesalahan, tegurlah kesalahan dan kesilapan saya itu.. Allahu~

Diary About Links

Hati saya milik Allah




Sebarkan Salam


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Tanda kasih

Assalamu’alaikum, wahai putera puteri agama. Mereka yang membaca saya doakan sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Bismillah, mari kita mulakan perkongsian kita dengan bacaan umul kitab Al- Fatihah dan selawat ke atas Rasulullah. Alhamdulillah, mari mulakan =)


kita akan rasa seronok kalau dapat barang percuma, apatah lagi barang yang diberi itu adalah barang yang sangat berharga dan merupakan keperluan. Yang memberi pula adalah daripada seseorang yang dikasihi, yang tentunya pemberian itu diingati sampai ke mati dan memberi kesan perhubungan yang sangat mendalam.


Namun dalam pada itu, ada pula segelintir yang mudah lupa akan barang berharga yang diperolehinya itu dan tidak mempedulikan perasaan orang yang telah memberinya. Itulah lumrah manusia.


Dalam pada itu, ada sesuatu lagi yang manusia lupa akan pemberian percuma. Ia sememangnya ada pada kita sama ada sedar atau tidak iaitu oksigen yang kita sedut, denyutan nadi, aliran darah yang tidak terhenti, kesemuanya diberi sejak lahir ke dunia hinggalah ke saat ini. Siapa yang memberinya? Tentulah Allah s.w.t.

Kalaulah Allah s.w.t berkira dan charge segala yang disebutkan tadi kepada kita, nescaya tidak terbayar oleh kita akan bil oksigen, bil denyutan nadi dan bil aliran darah. Lihatlah, Allah s.w.t memberi sesuatu yang amat tinggi nilainya itu dengan percuma. Dan kita memerlukannya sepanjang hidup kita. Kalau tidak, maka kita diucapakan, "Innalillah wa inna ilaihi rojiuun."

Lihatlah pula akan sekeliling kita di bumi yang terbentang luas ini, burung berkicau, ikan di laut, haiwan liar di hutan, serangga melata, tumbuh- tumbuhan, buah- buahan, hujan, cahaya matahari, udara, air sungai, api yang menyala. Semuanya itu saling memerlukan dan saling melengkapi.

Cuba fikirkan seketika, seandainya mata kita sakit, merah menyala, berair dan sukar untuk dibuka khususnya selepas tidur panjang. Ketika sujud pula terasa hampir terkeluar biji mata dan sukar untuk melihat. Sudah tentu kita rasa amat tidak selesa. Bayangkan, kita menjadi gelabah apabila tidak dapat melihat untuk hanya beberapa minit.

Apatah lagi jika nikmat penglihatan ditarik terus dan menjadi buta. Ketika itu barulah kita merasakan besarnya nikmat mata celik yang dikurniakan oleh Allah s.w.t secara percuma. Itulah tanda kasih Allah s.w.t kepada makhluk yang bernama manusia walaupun sering kali manusia itu melupakan kasih Pencipta Yang Maha Agong.

Alhamdulillah, tamat sudah perkongsian ilmu kita pada hari ini. 
Sekian sahaja perkongsian ilmu dari saya. Jika ada kesilapan, tegurlah saya. 
assalamualaikum, duhai putera puteri agama.. 

0 message from u