Ibadahku
Hamba Allah


Assalamualaikum, Saya Ainnur Husna anak kepada Mohd Daud Bin Salleh dan Alhamdulillah, bersyukur kerana dilahirkan dalam keadaan yang sempurna dan dalam keadaan diri saya beragama islam. Saya hanya manusia biasa yang hina dan sentiasa melakukan dosa. Jika saya ada melakukan kesalahan, tegurlah kesalahan dan kesilapan saya itu.. Allahu~

Diary About Links

Hati saya milik Allah




Sebarkan Salam


Template by : Atirah Hayati
Image by : WeHeartit|Cute Secrets
Best view : Google Chrome



Bagaimana Untuk Bercinta Kerana Allah?

Assalamu’alaikum, wahai putera puteri agama. Mereka yang membaca saya doakan sentiasa dirahmati Allah dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Bismillah, mari kita mulakan perkongsian kita dengan bacaan umul kitab Al- Fatihah dan selawat ke atas Rasulullah. Alhamdulillah, mari mulakan =)
Imam Syafie pernah ditanya oleh isterinya, "Suamiku, apakah engkau mencintaiku?" Beliau menjawab, "Ya tentu sahaja, dirimu adalah sebahagian dalam diriku." Mendengar itu, isterinya bertanya lagi, "Apakah engkau juga mencintai Allah? Bagaimana mungkin dua cinta menyatu dalam hati seorang mukmin, Cinta kepada Allah dan juga mencintaiku?" Beliau tersenyum dan mengatakan kepada isterinya dengan pandangan mata yang lembut penuh kasih sayang. "Kerana cintaku kepada Allah, maka aku mencintai makhlukNya, memperlakukan dengan hormat dan penuh kasih sayang terhadap isteriku, anak- anakku dan sesama insan. Aku mencintaimu kerana cintaku kepada Allah." 

Tiada satu pun perkara dalam dunia ini terlepas dari ciptaan Allah. Seandainya kita mencintai seseorang, sedarlah bahawa orang itu juga adalah ciptaan Allah. Maka yang manakah perkara yang lebih layak dicintai? Penciptanya atau PenghasilanNya? Sudah tentu Penciptanya kerana kita sendiri adalah makhluk yang diciptaNya. Mana mungkin kita mampu mempunyai rasa cinta dan kasih sayang seandainya diri tidak dilahirkan kedunia ini. 


Oleh itu adalah satu kesalahan andainya kita tidak sandarkan rasa suka, kasih sayang dan cinta yang kita miliki ini pada Allah yang menciptakan kita semua. Seharusnya rasa cinta yang hadir kepada manusia itu menambahkan lagi rasa cinta kita kepada Allah kerana hal itu telah menyempurnakan hidup kita.


Apabila kita mencintai seseorang kerana Allah, kita akan mendekatkan dirinya kepada Allah. Kita juga mahu dirinya mendekatkan diri kita kepada Allah. Segala salah silap ditegur demi mendapat keredhaan Allah. Bukan membiarkan dirinya hanyut dan leka dalam nikmat dunia. Kita dapat perhatikan ramai manusia membiarkan pasangannya bergelumang dalam kehidupan penuh maksiat sedangkan dalam masa yang sama dia mengaku mencintai pasangannya. Cinta seperti ini bukanlah cinta yang dikehendaki dalam islam dan inilah contoh gambaran cinta kepada manusia bukan kerana mereka mencintai Allah. 
Allah berfirman dalam satu hadis Qudsi yang bermaksud: "Pasti mendapat kecintaanKu bagi dua orang yang sayang menyayangi keranaKu, dua orang yang duduk bersama- sama keranaKu, dua orang yang kunjung mengunjungi keranaKu, dan dua orang yang tolong menolong keranaKu."


Apabila seseorang mencintai orang lain, bersahabat dan membiasakan diri dengannya, kerana dilihatnya orang itu mencintai Allah dan taat setia kepada perintah Allah, maka hal demikian itulah yang dikatakan bercinta kerana Allah.

Ataupun jika ia mencintai seseorang itu dan bersahabat dengannya kerana orang itu membantu membantunya di dalam selok- belok agama, dan mengarahkannya untuk taat setia terhadap Tuhannya, maka hal demikian itu juga dikira bercinta kerana Allah. 

Alhamdulillah, tamat sudah perkongsian ilmu kita pada hari ini. Sekian sahaja perkongsian ilmu dari saya. Jika ada kesilapan, tegurlah saya. assalamualaikum, duhai putera puteri agama..



0 message from u